Friday, September 28, 2012

Pelajaran 1.3. Membentuk pernyataan negatif


NOT(BUKAN/TIDAK) adalah perkataan negatif yang apabila ditambah pada sesuatu ayat biasanya selepas verb yang membatalkan atau menidakkan maksud asal sesuatu ayat
Contoh :
I am a doctor(Saya seorang doktor) = pernyataan positif yang menerangkan bahawa i am bekerja     sebagai doktor
I am not a doctor(Saya bukan seorang doktor)  = pernyataan negatif yang menerang kan bahawa     i am bukan seorang doktor

Facebook klik sini

ohinggerisku@gmail.com

pelajaran pertama klik sini

Monday, September 24, 2012

Pelajaran 1.2. I am + article + noun


I am + article + noun.
Sebelum aku mula baik aku ajar ape kejadahnya article dengan noun tu
Article :  apabila korang merapu dalam bahasa inggeris ada tak korang sebut A, AN dan THE ? itu la article, ianya berfungsi untuk menunjukkan noun(kata nama)
Noun : kalau aku sebut kata nama tahu tak? Kalau tak payah la. Noun befungsi memberi nama kepada orang, tempat, benda, idea, perasaan,atau perbuatan. Apa-apa aje perkataan yang digunakan untuk menamakan sesuatu adalah Noun
The digunakan untuk merujuk noun yang terperinci, yang satu-satunya ada atau yang istimewa
Contoh:
I am the driver(Saya adalah satu-satunya pemandu) = dalam banyak-banyak orang kat situ ‘i am’ adalah satu-satunya orang pandai memandu atau bertanggungjawab memandu
I am the doctor(Saya adalah satu-satunya doktor)= ‘i am’ adalah satu-satunya doktor yang bertugas untuk kes atau keadaan pada masa tu
 A dan AN = digunakan untuk nouns yang membawa maksud tunggal, A dan AN sama fungsi tapi lain penggunaan
AN = digunakan untuk perkataan yang bemula dengan huruf vokal (a,e,i,o,u)
A    = digunakan untuk huruf selain huruf vokal
A dan AN merujuk kepada satu daripada benda yang sama – tidak istimewa atau terperinci
Contoh:
I am a driver(Saya  seorang pemandu) = ada pemandu-pemandu yang lain, ‘i am’ hanya salah seorang daripada mereka
I am a doctor(Saya seorang doktor) = ‘i am’ bukannya satu-satunya doktor Cuma salah seorang daripada mereka

Facebook klik sini

Email: ohinggerisku@gmail.com

untuk pelajaran pertama klik sini





Wednesday, September 19, 2012

Pelajaran 1.1. I am + (verb)-ing


I am + (verb)-ing. = verb adalah kata kerja manakala verb yang ditambah –ing bermaksud apa yang sedang dilakukan pada waktu tu atau pun lebih senang –ing membawa fungsi perkataan ‘sedang’
Contoh:
I am writing a letter = Saya sedang menulis sepucuk surat
I am eating a bowl of soup = Saya sedang makan semangkuk sup

untuk pelajaran pertama klik sini. Pelajaran pertama

Kini di Facebook!

Ohinggerisku kini di facebook.Boleh bertanyakan soalan atau perhatikan kadang-kadang saya akan post perkataan baru.

Klik sini untuk  facebook ohinggerisku http://www.facebook.com/

Sunday, September 16, 2012

Pelajaran 1: menerangkan diri, rupa fizikal dan perasaan


berdasarkan prinsip KISS(keep it simple stu...silly) penutur bahasa inggeris level 1 cam korang hanya perlu tahu cara guna I dan am (aku plak level 97)

I = digunakan untuk merujuk diri sendiri A.K.A. saya

Am = hanya digunakan dengan I

 ”I am” boleh dipendek menjadi I’m terutamanya dalam bahasa inggeris percakapan tetapi sekiranya korang menulis surat rasmi atau karangan peperiksaan jangan buat camni

I am + adjective.= adjective atau kata sifat yang menerangkan sifat fizikal korang tapi be serious la takkan la kata sifat pun tak tau buat rugi je korang belajar bertingkat-tingkat

Contoh:

I am tall (sifat fizikal) = saya tinggi

I am American (bangsa/kewarganegaraan) = saya orang amerika

I am thin (sifat fizikal) = saya kurus

I am happy (perasaan) = saya berasa gembira

bersambung lain kali...

kalau ada apa-apa yang tak faham e-mail kan ke ohinggerisku@gmail.com