Monday, October 8, 2012

Pelajaran 1.6. Bertanya soalan tentang orang lain (last bab 1)

Untuk bertanya soalan tentang orang lain ikut cara berikut dengan menterbalikkan present tense dan kata ganti nama
Contoh:
Are you a good doctor?(adakah awak seorang doktor yang baik?)
Is he a kind father?(adakah dia ayah yang baik hati?)
Is she a good teacher?(adakah dia seorang guru yang baik?)
Is it a new car?(adakah ianya kereta yang baru?)
Are we careful drivers?(adakah kami pemandu yang berhati-hati?)
Are you  smart students?(adakah kamu pelajar-pelajar yang bijak?)
Are they old men?(adakah mereka orang lelaki tua?)



Facebook klik sini

ohinggerisku@gmail.com


Pelajaran 1.5. Bercakap tentang orang lain


Untuk bercakap tentang orang lain pula gunakan kata ganti nama yang berikut:
YOU = orang yang korang sedang bercakap dengan ,boleh merujuk seorang atau lebih.YOU digunakan dengan present tense ARE.(you are...)
HE = orang lelaki yang sedang korang bercakap tentangnya, HE digunakan untuk orang lelaki tanpa mengira umur. HE digunakan dengan present tense IS.( he is...)
SHE = ini pulak untuk orang perempuan,juga digunakan dengan present tense IS.(she is...)
IT = objek, idea atau haiwan yang sedang korang cakap tentangnya ,digunakan dengan present tense is.(it is...)
WE = diri sendiri dan seorang atau lebih, digunakan dengan present tense ARE.(we are...)
THEY = lebih daripada seorang individu,objek atau haiwan yang korang cakapkan. Digunakan dengan present tense are(they are...)

Atau lebih mudah :
YOU = awak,engkau,kamu
HE/SHE = Dia
IT = ianya
WE = kami,kita
THEY = mereka

 Contoh:
You are a kind person(awak adalah seorang yang baik hati)
He is a good man(dia adalah seorang yang baik)
It is a dirty cat (ianya seekor kucing yang kotor)
We are careful drivers(kami adalah pemandu yang berhati-hati)
They are old men(mereka adalah orang tua)


Pelajaran pertama klik sini

Facebook

Monday, October 1, 2012

Pelajaran 1.4. Menerangkan Noun


A, AN dan THE mesti digunakan sebelum noun yang mereka rujuk tetapi boleh ada diantara kedua-duanya  perkataan yang menerang noun
Contoh: a smart boy(Seorang budak lelaki yang pintar). An ugly man(Seorang lelaki yang hodoh)
Apabila korang nak tanya soalan tentang diri korang, korang hanya perlu menterbalikkan ‘i am’ menjadi ‘am i ?’
Contoh:
Am I fat?(adakah saya gemuk?)
Am I tall?(adakah saya tinggi?) 


untuk pelajaran pertama klik sini

Facebook klik sini

ohinggerisku@gmail.com

Friday, September 28, 2012

Pelajaran 1.3. Membentuk pernyataan negatif


NOT(BUKAN/TIDAK) adalah perkataan negatif yang apabila ditambah pada sesuatu ayat biasanya selepas verb yang membatalkan atau menidakkan maksud asal sesuatu ayat
Contoh :
I am a doctor(Saya seorang doktor) = pernyataan positif yang menerangkan bahawa i am bekerja     sebagai doktor
I am not a doctor(Saya bukan seorang doktor)  = pernyataan negatif yang menerang kan bahawa     i am bukan seorang doktor

Facebook klik sini

ohinggerisku@gmail.com

pelajaran pertama klik sini

Monday, September 24, 2012

Pelajaran 1.2. I am + article + noun


I am + article + noun.
Sebelum aku mula baik aku ajar ape kejadahnya article dengan noun tu
Article :  apabila korang merapu dalam bahasa inggeris ada tak korang sebut A, AN dan THE ? itu la article, ianya berfungsi untuk menunjukkan noun(kata nama)
Noun : kalau aku sebut kata nama tahu tak? Kalau tak payah la. Noun befungsi memberi nama kepada orang, tempat, benda, idea, perasaan,atau perbuatan. Apa-apa aje perkataan yang digunakan untuk menamakan sesuatu adalah Noun
The digunakan untuk merujuk noun yang terperinci, yang satu-satunya ada atau yang istimewa
Contoh:
I am the driver(Saya adalah satu-satunya pemandu) = dalam banyak-banyak orang kat situ ‘i am’ adalah satu-satunya orang pandai memandu atau bertanggungjawab memandu
I am the doctor(Saya adalah satu-satunya doktor)= ‘i am’ adalah satu-satunya doktor yang bertugas untuk kes atau keadaan pada masa tu
 A dan AN = digunakan untuk nouns yang membawa maksud tunggal, A dan AN sama fungsi tapi lain penggunaan
AN = digunakan untuk perkataan yang bemula dengan huruf vokal (a,e,i,o,u)
A    = digunakan untuk huruf selain huruf vokal
A dan AN merujuk kepada satu daripada benda yang sama – tidak istimewa atau terperinci
Contoh:
I am a driver(Saya  seorang pemandu) = ada pemandu-pemandu yang lain, ‘i am’ hanya salah seorang daripada mereka
I am a doctor(Saya seorang doktor) = ‘i am’ bukannya satu-satunya doktor Cuma salah seorang daripada mereka

Facebook klik sini

Email: ohinggerisku@gmail.com

untuk pelajaran pertama klik sini





Wednesday, September 19, 2012

Pelajaran 1.1. I am + (verb)-ing


I am + (verb)-ing. = verb adalah kata kerja manakala verb yang ditambah –ing bermaksud apa yang sedang dilakukan pada waktu tu atau pun lebih senang –ing membawa fungsi perkataan ‘sedang’
Contoh:
I am writing a letter = Saya sedang menulis sepucuk surat
I am eating a bowl of soup = Saya sedang makan semangkuk sup

untuk pelajaran pertama klik sini. Pelajaran pertama

Kini di Facebook!

Ohinggerisku kini di facebook.Boleh bertanyakan soalan atau perhatikan kadang-kadang saya akan post perkataan baru.

Klik sini untuk  facebook ohinggerisku http://www.facebook.com/